Just wanna share with u guys...by one of my fav blogger...just love the way she writes...all of them...kalo wat novel konfem bley melambung2 feymes punye...kaya raya oh..(tetibe kepale otak pikir duet jerr).. haruss..kate budak business.. eh2 x.. budak management jer pun.. HR je plak tuh.. kalo acct ke len cite la kan..hehe..its a norm rite...people=$$... kecing2.. (cash in) bukan nk kencing yer.. ok merepeks sudah.. sekian.. enjoy it...=))
>>>>>>>>
Ramai orang yang bercinta, merasakan bahawa mereka sebenarnya sudah bersedia untuk melalui fasa baru dalam perhubungan mereka. Tapi percayalah, semakin hampir kita padanya, semakin banyak persoalan minda.
Kita mungkin tidak seperti manusia lain yang hanya bersandarkan ijazah semata-mata, ada yang hidup dengan bakat yang ada sedikit itu dengan mencari satu ruang untuk menyara diri. Mereka ini akan membenarkan minda mereka menyusur mendalami semua rasa.
Hari ini aku tertanya-tanya, bahawa sesungguhnya aku harus lebih banyak mendewasakan diri.
Kita perlu teruskan survival ini, dengan memikirkan apa yang baik buat kita bukannya apa yang orang mahu akan diri kita.
Hidup kita ibarat si kunang-kunang. Ada kalanya, serinya orang nampak terbayang tetapi ada kalanya kita tidak lebih hanya palitan untuk bisikan kalimah sayang. Jadi, tanyalah diri kita. Adalah kita sudah bersedia. Adakah kita ini hanya menyimpan kisah disebalik suka dan harapan bahagia? Atau adakah kita ini hanya selayaknya punya hanya diri kita?
Berkata benarlah pada hati. Cinta itu tidak pernah punya paksaan dalam diri kamu, sesiapa juga yang melintas ruang waktu. Mungkin ada sesuatu yang kurang. Mungkin harapan itu seperti selalu kecundang atau mungkin kamu hanya mengharap bulan jatuh ke riba.
Kita mungkin mahu dia berubah, pasangan kita juga mungkin mahukan pekara yang sama. Tapi, tidak pernah disuarakan, kerana takut kecil hati dan ada dendam.
Jadi kita hanya berdiam.
Diam kita kadang kala akan membunuh juga rasa cinta itu akhirnya.
Dia mahukan kita bicara dan bercerita, sedang kita langsung tidak tahu apa latar suka dukanya. Tiada bicara dari dirinya, sebaliknya semua kisah semalam kita. Diam. Hanya diam dan kadang kala sedikit ada suara bertanya, sepatah cuma.
Kadang kala rasa seperti sudah tiada cinta. Mungkin bisu. Mungkin hilang dibawa angin lalu. Jadi cinta kita yang begitu kuat tertanam padanya, menjadi cinta si mawar merah. Mahu terus dipegang mawar, merah hilang warna dan hanya mahu kekalkan harumnya sahaja.
Dulu, cintanya ada disetiap ruang masa. Pada email, fb, ym, skype, sms dan telefon mengganti akan suara.
Makin lama, kita lihat makin pudar akan kelibat. Seperti telefon yang sudah hilang memori. Seperti bulan tinggi yang tiada suluhan si matahari dan seperti pasir pantai yang hilang dilambung ombak yang tinggi.
Tanya diri kamu, sudahkah kamu bersedia? Fasa kedua tidak pernah tenang akan dugaannya. Andai dia bukan milik kamu, mungkin yang terbaik ada menunggu diluar sana.
Mungkin dia perlu tahu, supaya suatu hari kamu tidak akan menyesal meninggalkan sebuah catatan pahit manis hidupmu tanpa tahu bahawa itu segala sifat dirinya, adalah sebaik-baik percubaan yang cuba dilakukannya. Atas nama cinta, berupayakah kamu melintasi fasa seterusnya?
Bila cinta itu sudah hilang akan bicara....
>>>>>>>>>>>>
1 comment:
nice... totaly true...=)
Post a Comment